Isnin, 6 April 2009

Putih

Apa yang menarik tentang putih ialah dia pandai menjaga dirinya agar sentiasa kelihatan bersih. Di waktu yang lapang dan selepas makan,wajib baginya menjilat bulunya agar sentiasa rapi dan putih. Paling menarik tentang putih ialah matanya yang berbeza warna.sebelah matanya berwarna biru kristal manakala sebelah lagi berwarna kuning kecoklatan. Putih merupakan kucing yang paling berat dan besar berbanding dengan 5 ekor lagi kucing. Jantinanya adalah jantan dan dia teramat manja. Menggesel di kaki kami sekeluarga adalah perkara yang selalu dilakukan apabila berada bersama kami. Putih paling aktif kerana seringkali rajin memburu haiwan kecil. Di kolam ikan,dia sentiasa memerhatikan gerak renang ikan manakala di kawasan reban ayam,dia sentiasa memerhatikan gerak tingkah ayam. Pernah suatu hari dia berjaya menangkap seekor tupai yang tersesat di taman ros belakang rumah. Paling melucukan apabila suatu hari tu, tengah syok tengok ikan di kolam,mungkin putih cuba nak tangkap ikan tu tapi dia tersasar dan terjatuh ke dalam kolam. Mujurlah tangannya sempat berpaut pada kayu di tepi kolam itu. Itulah tak pasang strategi betul-betul..kan da tersasar..hehhehehe

7 permata hati...


manusia penuh dengan perasaan dan pelbagai ragam..begitu juga dengan haiwan..!bukan perasaan manusia saja yang harus dijaga malah perasaan haiwan juga haruslah kita ambil berat..haiwan juga penuh dengan emosi dan perasaan yang harus kita ketahui dan kita jaga..malah nabi muhammad saw juga sangat menyayangi binatang terutamanya kucing..kucing ialah haiwan yang manja dan selalu ingin dibelai..saya ada 7 ekor kucing di rumah..kesemuanya dibela sejak dari kecil dan disusukan oleh emak saya kerana anak-anak kucing tersebut tidak dijaga oleh ibu kucing..kucing kampung yang dibela oleh kami ialah Putih,Rein dan Tompok manakala kucing bandar pula ialah Rona,Roni dan Makaroni..dan seekor anak kucing yang emak saya selamatkan daripada dilanggar oleh kereta di pasar malam...